Bina platform self-service untuk student daftar kelas, bayar yuran, dan dapat sijil.
Pendaftaran kelas diuruskan via WhatsApp group + Google Form — slot clash, bayaran lambat, dan rekod student bersepah dalam spreadsheet.
Bina portal student self-service dengan auto-block slot, payment gateway, dan dashboard admin untuk jejak enrollment, kehadiran, dan sijil — semua dalam satu sistem.
Slot clash hilang, bayaran auto-disahkan, dan admin tak perlu lagi kejar student untuk resit bayaran.
Pendaftaran kelas masuk via WhatsApp, tapi admin urus dalam spreadsheet berasingan. Bila dua student daftar slot sama, admin kena call salah seorang untuk tukar — makan masa dan selalu terlepas tracking.
Rekod pembayaran, kehadiran, dan sijil pelajar disimpan dalam fail berasingan (Google Sheet, WhatsApp, email) — tiada satu source of truth, susah audit bila diperlukan.
Sistem single-flow (register + bayar dalam satu langkah) dengan auto-block slot yang dah diambil, dashboard pengajar untuk jejak kehadiran & progress student, dan jadual kelas recurring.
Payment gateway automatik — student dapat resit serta-merta selepas bayar, dan sijil digital auto-generate dengan QR verification bila student habis kelas.
“Dulu student register kelas via WhatsApp, admin kena reply satu-satu check slot kosong, follow up bayaran, hantar sijil manual. Sekarang semua dalam satu portal — student self-service, admin fokus kat pengurusan.”