Tentang

Hai, saya Aini.

Saya bina custom web app, CRM dan sistem automasi yang membantu bisnes kurangkan kerja manual, susunkan operasi dan berkembang dengan lebih teratur.

Aini - Founder, Sugarush Web Technologies
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
25+ tahun
Minat & pengalaman dalam dunia web.

Perjalanan saya


Hubungan saya dengan komputer bermula jauh sebelum saya bergelar developer.

Sejak umur 7 tahun, saya memang suka bereksperimen dengan komputer. Rasa ingin tahu itu akhirnya membawa saya kepada dunia web development—dan pada tahun 1997, ketika masih di bangku sekolah, saya mula menulis HTML menggunakan Notepad untuk membina website pertama saya.

Setahun kemudian, pada 1998, saya menyambung pengajian dalam Sains Komputer di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Di situlah minat yang bermula sebagai hobi berkembang menjadi asas yang kukuh dalam pembangunan perisian.

Dari menulis kod kepada menyelesaikan masalah bisnes


Sepanjang bekerja dengan pelbagai client, saya sedar satu perkara.

Masalah sebenar kebanyakan syarikat bukan kerana mereka tiada website—tetapi kerana proses harian masih berselerak. Data berada di banyak tempat, kerja berulang dibuat secara manual, dan team sukar melihat gambaran keseluruhan operasi.

Di situlah saya rasa kerja saya paling bermakna.
Saya bukan sekadar menulis kod. Saya faham bagaimana sesuatu bisnes beroperasi, kenal pasti bottleneck dalam workflow, kemudian bina sistem yang orang betul-betul guna setiap hari.

Sama ada ia Booking System, CRM, Dashboard Multi-Role, AI Agent, atau automasi WhatsApp, matlamat saya tetap sama—gunakan teknologi untuk memudahkan kerja, bukan menambah kerumitan.
Pendekatan saya

Saya lihat satu masalah dari tiga sudut.

Design
Design first
Cipta interface yang bersih & intuitif — yang orang betul-betul suka guna, bukan sekadar nampak cantik.
Bisnes
Business focused
Bina penyelesaian around keperluan operasi sebenar & hasil yang boleh diukur — bukan feature untuk feature.
Scale
Future ready
Bangunkan sistem yang scalable — yang boleh berkembang seiring bisnes anda, bukan perlu dibina semula tiap tahun.
Apa saya buat

Apa yang saya bina setiap hari

UI/UX design
Pembangunan aplikasi web Laravel
WordPress & WooCommerce development
Business dashboard & sistem KPI
Sistem pengurusan inventori & produksi
Platform membership & subscription
Payment gateway integration
AI & workflow automation
VPS deployment & konsultasi teknikal
Teknologi

Teknologi yang saya gunakan

Laravel PHP JavaScript Next.js Tailwind CSS WordPress WooCommerce MySQL REST APIs AI Integrations
Kerjasama

Apa yang anda boleh jangkakan bila bekerja dengan saya

Faham dulu

Saya mulakan dengan memahami workflow sebelum cadangkan solusi.

Komunikasi jelas

Update berkala sepanjang pembangunan supaya anda sentiasa tahu progress.

Sokongan selepas launch

Saya tidak hilang selepas sistem siap—maintenance dan penambahbaikan tersedia.

Jom bina sesuatu bersama.

Cerita masalah bisnes anda — saya akan cadangkan pendekatan yang sesuai.

Hubungi saya